Zarul Husin Bukan nak masuk pertandingan bina badan


Demi persaingan sihat, Zarul Husin mula menjaga tubuh badan agar penampilannya kelihatan lebih menarik di kaca televisyen (TV).

"Niat saya bukan nak menunjuk-nunjuk atau terlalu berotot seperti masuk pertandingan bina badan.

"Tapi, atleast ada shape bila on screen dan bila orang tengok, OK boleh jadi hero," katanya pada Sinar Harian.

Tambahan pula, vokalis Umbrella ini juga mahu menjadi contoh terbaik meski usia sudah menjangkau 45 tahun.

"Bila usia dah meningkat, tentunya ada had untuk watak dan karakter yang akan ditawarkan.

"Jadi, kalau punya bentuk badan menarik saya dapat pegang karakter yang lebih pelbagai dan bersesuaian termasuk pegawai beruniform,” katanya.

Lantaran itu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan selain aktif menjalani gaya hidup sihat sejak tahun 2011.





"Biasanya, saya akan berjogging dan menjalani latihan di gimnasium.

"Saya dapat tahu kalau berlari sekurang-kurangnya tiga kilometer mampu meregangkan kulit serta jadi awet muda.

"Saya juga mengamalkan pemakanan sihat dan tak menggunakan sebarang bahan kimia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zarul terbabit sebagai mentor di samping Siti Sarah, Tam Spider dan Misha Omar menerusi program Mentor Otai.

Selain itu, Zarul juga baharu saja hadir dengan single terbaru, Remuk ciptaan sepenuhnya Aepul Drama Band.

Post a Comment

Previous Post Next Post