Berkonsepkan santai dan ceria, program bual bicara baru TV3, Helo Doktor menampilkan selebriti popular Yasmin Hani sebagai pengacara bagi berkongsi ilmu menguruskan anak serta keluarga.
Bersiaran setiap Jumaat, jam 11.30 pagi, program itu menampilkan kelainan dalam setiap episod dengan menampilkan tetamu jemputan.
Episod pertama pada 2 Mac lalu menyaksikan pakar keluarga Profesor Dr Rozieta Shaary bersama pelakon Yana Samsudin membincangkan topik pengeksploitasian anak di media sosial oleh ibu bapa.
Dalam episod kedua pula, Pakar Psikologi Klinikal Kanak-Kanak merangkap Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan, Universiti Malaya Dr Noor Aishah Rosli dan selebriti Sazzy Falak mengupas isu aktiviti seharian anak masa kini yang dikatakan padat.
Penonton boleh menghubungi studio untuk mengemukakan soalan kepada tetamu jemputan sewaktu siaran langsung.
Malah, penonton boleh berkongsi pendapat atau bertanya mengenai hal kekeluargaan di laman Facebook TV3.
Helo Doktor turut mengupas topik menarik seperti perbezaan antara sentuhan kasih dan bahaya, anak syurga, ibu bapa tunggal, anak cerewet makan dan cara menangani tekanan.
Maklumat lanjut Helo Doktor boleh layari laman web www.tv3.com.my atau mengikuti media sosial TV3 di Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram.
Program ini juga boleh disaksikan menerusi portal dan aplikasi tonton.