Yana Samsudin teringin anak lagi


Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin memberitahu bahawa dia dan suami berusaha menambah zuriat sejak tahun lalu menerusi rawatan kesuburan, Intrauterine Insemination (IUI).

"Sejak tahun lalu lagi saya dan suami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Tahun lalu juga, saya jalani rawatan IUI namun belum berjaya," katanya kepada Harian Metro.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 33, memberitahu, anak sulungnya, Aisy Mateen juga sudah mula menunjukkan reaksi untuk mempunyai adik beradik.

"Aisy dah masuk usia setahun tujuh bulan dan kadang-kadang, saya tersentuh bila melihat dia seperti kesunyian.

"Kadangkala, kalau dia berjumpa dengan anak-anak lain, ada yang dia panggil abang dan kakak. Rasanya, dia pun sudah bersedia untuk ada adik," katanya.

Ditanya sama ada dia akan merahsiakan sekiranya dia hamil seperti mana yang dilakukannya ketika hamil anak pertama, isteri kepada pelakon, Fadzil Zahari ini memilih untuk berkongsi berita gembira itu.





"Mungkin ketika hamil anak pertama, ada beberapa hal yang membuatkan saya tidak bersedia untuk kongsikan dengan semua. Tapi, sekiranya saya hamil lagi, saya akan kongsikan.

"Sekarang pun, walaupun ia sekadar perancangan, tapi saya kongsikan supaya semua orang boleh mendoakan. Insya-Allah, dengan doa semua, impian dan usaha saya akan menjadi kenyataan," katanya.

Pengacara program The Wow Show yang ditayangkan di TV3 itu mendirikan rumahtangga dengan Fadzil pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan cahaya mata pada 21 Julai 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post