Vivy Yusof Baby number three wants to say hello


Selepas beberapa kali mencuba, Vivy Yusof mengumumkan sedang hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, pengasas Fashion Valet ini tidak menyatakan usia kandungannya.

Berita gembira itu diumumkan menerusi perkongsiannya di laman Instagram (IG).

"Baby number three wants to say hello," tulisnya beserta #blessed dan #fadzaitsyoursfyi.

Malah, selebriti berusia 30 tahun ini juga menceritakan pengalaman hamilnya itu menerusi tulisannya di akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times.

“Saya mengambil kira-kira 20 ujian kehamilan dan tak ada satu pun yang positif, jadi saya anggap semuanya rosak!

"Namun, pada percubaan seterusnya saya sangat gembira apabila keputusannya positif," tulisnya.

Bahkan, Vivy mengakui melalui pengalaman kehamilan yang lebih mencabar sekali gus meninggalkan pengajaran yang bermakna.

"Sebelum ini, proses hamil yang saya lalui agak mudah.

"Saya juga sering memandang rendah terhadap staf hamil dan selalu memberikan sijil cuti sakit.

"Keadaan itu, buat saya mengadu mengenai perkara ini kepada pihak pengurusan sumber manusia,” tulisnya.

Pengasas Duck Scarves ini turut mendoakan agar semua urusan kehamilan wanita di luar sana dipermudahkan seterusnya sentiasa berfikiran positif.

“Kepada semua ibu mengandung yang lain di luar sana, semoga kehamilan anda mudah dan lancar! Sementara itu, tetap kuat dan sentiasa positif.

"Janganlah menjadi penyebab kenapa orang tak suka mengambil wanita bekerja dan janganlah jadi penyebab kenapa orang kata wanita mengandung itu lemah,” tulisnya lagi.

Vivy mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fadzarudin Shah Anuar sejak enam tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.

Post a Comment

Previous Post Next Post