Tiz Zaqyah Tahap dengki itu tinggi betul


Tindakan sesetengah 'keyboard warrior' Malaysia 'menyerang' Instagram legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos, telah ditegur oleh netizen tempatan dan juga luar negara.

Beberapa netizen menyifatkan tindakan 'keyboard warrior' ini memerli, menyindir dan tidak kurang yang menyumpah seranah Carlos sebagai tidak matang.

Bahkan ada beberapa pengguna media sosial dari Singapura dan Indonesia mengakui mencari Instagram Carlos selepas berita gambar bekas pemain bola sepak itu memeluk aktres, Tiz Zaqyah viral.

Kebanyakan mereka meminta 'keyboard warrior' ini tidak memalukan Malaysia, seperti yang pernah dilakukan ke atas penyanyi, Dua Lipa, sebelum ini.

Dalam pada itu, menerusi laporan mStar Online, Tiz Zaqyah menyindir 'kegigihan' sesetengah netizen yang menyerang laman Instagram selebriti sukan itu, selepas dia menutup ruangan komen pada gambar yang dimuat naiknya.

Menerusi status di Instastory, pelakon berkenaan memuat naik kata-kata tentang tahap dengki netizen yang sanggup menulis komen di Intasgram milik orang lain selepas ruangan komennya ditutup.





"Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort," tulisnya.

Rata-rata netizen melepaskan kemarahan dan rasa kurang senang di Instagram milik Roberto yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Mereka berpendapat, pelakon berkenaan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang selebriti beragama Islam.

Roberto berada di Kuala Lumpur sejak tiga hari lalu kerana pelantikannya sebagai duta global syarikat penerbangan Air Asia.

Dalam pada itu, foto yang dimuat naik pelakon itu kini menerima lebih 41,000 tanda suka.

Post a Comment

Previous Post Next Post