Sherry AlHadad kena buli sebab gemuk


Ramai yang memuji penampilan terkini pelakon dan pengacara, Sherry AlHadad yang kini mempunyai bentuk badan yang semakin menarik.

Difahamkan Sherry kini rajin ke gym dan melakukan pelbagai aktiviti senaman untuk kesihatannya.

Biarpun sibuk dengan jadual kerja yang padat, aktiviti di gym kini menjadi antara rutinnya. Tak hairanlah badan semakin cantik sekarang.

Apa pun, mungkin ramai yang tidak tahu, pengacara Muzik Muzik ini mempunyai pengalaman pahit semasa zaman sekolahnya yang sering dibuli gara-gara saiz badannya.

Menerusi laman Instagan miliknya, Sherry telah memuat naik sekeping gambar bersama rakan-rakan artis yang menjadi tetamu undangan dalam program The Sherry Show yang kebetulan membincangkan tentang topik berkenaan saiz badan dan sempat sempat berkongsi pengalaman lalunya.

“Love just the way you are. Dari kecil dulu, saya selalu kena ejek dengan perkataan GEMUK.





“Saya kena buli masa sekolah rendah. Pernah saya jalan kaki ke sekolah, saya ditendang sampai jatuh longkang dan saya tak ada buat apa-apa salah pun dengan dia,” imbas Sherry.

Mungkin kerana pengalaman lalu itulah, Sherry kini seorang yang cukup positif fan berkeyakinan tinggi dalam apa sahaja yang dilakukan.

“Diskriminasi ada di mana-mana, tapi jangan jadikan alasan untuk terus lemah. Be yourself, be fabulous, be true, be positive dan paling penting love yourself, “ kata Sherry penuh semangat.

Post a Comment

Previous Post Next Post