Penyanyi era 1980an, Hang Mokhtar meninggal dunia


Penyanyi popular era 1980an, Hang Mokhtar, 68, atau nama sebenarnya Mohtar Ab. Latif dilaporkan meninggal dunia pada pada 2.50 pagi Isnin di Hospital Serdang, Selangor.

Hang Mokhtar terkenal menerusi lagu-lagu berunsurkan jenaka satira politik seperti Ayoyo Samy, Siapa Tak Sayang Bini dan lain-lain.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham juga merupakan seorang pemuzik, penggubah lagu dan pernah mencipta lebih 90 buah lagu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Maimun Mat Zin, 67, dan tiga anak.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 5, Bukit Mahkota, Bangi Lama sekitar jam 11.00 pagi tadi.





Post a Comment

Previous Post Next Post