Rozita Che Wan Hadiah sama tiap tahun pun saya terima


Pelakon cantik, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta mendedahkan dia dihadiahkan beg tangan jenama Dior oleh suaminya, Zain Saidin sempena hari lahirnya yang ke-45 pada 9 Mac lalu.

Ujar Che Ta, biarpun menerima hadiah sama pada tahun lalu, namun dia tidak kisah andai menerima hadiah berupa beg tangan setiap tahun kerana itu adalah minatnya.

"Suami tahu saya sukakan beg tangan jadi dia hadiahkan saya seutas beg tangan jenama Dior.

"Tahun lepas pun dia beri beg tangan tapi saya tak kisah kalau setiap tahun sama, saya tetap akan terima.

"Bagaimanapun tidaklah bermakna setiap koleksi terbaru saya akan beli. Kadang kala ada design tertentu yang saya minat," ujarnya ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Koperasi Tunas Sungai Ara Berhad di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.






Che Ta bagaimanapun memilih untuk merahsiakan impiannya yang ingin dicapai setelah berusia 45 tahun.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ketiadaan Zain ketika meraikan sambutan hari lahirnya di kota London, Che Ta berkata, suaminya ketika itu berada di China atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun dia mendapat keizinan untuk ke London bersama adik beradiknya yang lain.

"Pada awalnya, saya merancang untuk menyambut hari jadi di Hong Kong dan Macau kerana Zain berada di China atas urusan perniagaan.

"Tapi bila saya tanya adik beradik saya yang lain, mereka beritahu tidak berminat dan ada yang diam. Bagaimanapun bila bagitahu nak ke London, ramai pulak yang nak ikut.

"Akhirnya kami bergeraklah ke Kota London tanpa Zain," jelasnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post