Adam Hamid Rezeki suami itu mungkin berkat doa isteri


Selain masyarakat luar sana, pengarah dan pelakon, Adam Hamid turut terkesan dengan nasib yang menimpa ke atas Intan Liyana Saleh.

Mohon untuk terus kuat dan tabah, selebriti berusia 46 tahun ini juga mendoakan Intan Liana agar sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.

'Sabarlah intan @__iiiintan.saleh. Insya-ALLAH, selepas ini rezeki kamu akan lebih melimpah ruah lagi.

"ALLAH akan jaga kamu selagi kamu menjaga hubungan dengan ALLAH," tulisnya di Instagram (IG).

Malah, pelakon yang dikenali melalui drama Sayang Di Sayang ini juga berkongsi pengalamannya sebagai seorang pekerja bebas (freelance).

"Saya juga freelance so saya faham akan persaingannya. Kami freelance ini tak ada gaji tetap semua berdasar atas kontrak.

"Ex husband itu pemuzik bebas/freelance yang dah tentu pendapatannya tidak tetap, so faham-faham ajelah kalau tiada orang panggil main muzik lepas ni.

"Kadang-kadang, rezeki yang suami dapat itu mungkin berkat doa sang isteri, bila kamu menceraikannya mungkin rezeki itu juga akan pergi meninggalkan kamu. Nak kahwin empat pun kahwinlah tapi yang pertama jangan dibuang!," tulisnya lagi beserta #KasihanAnakAnak.





Intan Liana dan suaminya, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, setahun.

Difahamkan, konflik rumah tangga pasangan ini berlaku selepas Ude bernikah secara rahsia dengan pelakon popular, Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017.

Bagaimanapun, pemuzik bebas ini menepis dakwaan tersebut selain mengakui kemelut rumah tangga mereka sudah pun berlarutan sejak dua tahun lalu.

Malah, Ude juga menggesa bekas isterinya itu menghentikan 'drama air mata' yang disifatkan sebagai pembohongan semata-mata kerana ingin meraih simpati.

Post a Comment

Previous Post Next Post