Nadya Shahera Mama Papa bagi hadiah baby


Semalam, usia anak sulung Nadya Shahera iaitu Aleena Rose genap setahun.

"Alhamdulillah, Hari ini genap 1 tahun usia puteri sulungku @aleenarose_ . Kejap je rasa masa berlalu," kongsinya di Instagram (IG), semalam.

Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey ini turut mendoakan kesejahteraan anaknya itu.

"Semoga Aleena membesar menjadi anak yang solehah, berguna, anak yang bijak pandai dan boleh hidup berdikari besar nanti.

"Semoga Aleena sentiasa dekatkan diri dengan perkara-perkara yang baik-baik ya serta teruslah menjadi kekuatan mama dan keluarga kita," tulisnya.





Biarpun tidak meraikannya, pelakon berusia 25 tahun ini menyifatkan kehadiran anak keduanya, Mohamad Dayyan sebagai hadiah terbaik buat Aleena.

Bahkan, Nadya berharap agar hubungan mereka adik-beradik akan berkekalan hingga akhir hayat.

"Birthday Aleena tahun ini mama papa bagi hadiah baby @dayyanfn untuk Aleena K.

"Nanti besar sama sama, jadi adik beradik yang baik dan saling melindungi antara satu sama lain K.

"Happy Birthday Anakku. I love youuu," tulisnya.

Nadya mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada September 2016.

Post a Comment

Previous Post Next Post