Memey Suhaiza kongsi jantina anak


Sarat hamil anak ketiga, Memey Suhaiza mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan, tidak lama lagi.

Berita gembira itu diumumkan melalui laman Instagramnya (IG).

"...yang paling penting saya dah dapat confirmkan jantina baby saya. Kalau sebelum ini tak sure kan?

"So, kali ini jelas. Alhamdulillah, saya dapat baby GIRL. Terima kasih pada semua yang mendoakan," tulisnya.

Katanya, keputusan itu diketahui selepas melakukan imbasan 6D di sebuah klinik swasta.

"Alhamdulillah. Hari ini saya happy sangat. Antaranya saya teruja buat 6D scan. Jujur ini pengalaman pertama sy.


"Masa @awishzarisz mummy tak sempat buat. Best sangat rupanya. Siap tanya doktor boleh buat selalu ke? Sebab detail scan + 6D ini kita boleh tahu /terperinci keadaan baby setiap anggota dan tahap kesihatan baby, semuanya dijelas one by one setiap anggota baby.

"Tq Dr Sakinah dan semua yang ada tadi atas layanan yang sangat baik dan info yang sangat berguna pasal baby say tadi. Happy me," kongsinya lagi.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan aktor popular, Norman Hakim pada 2011.





Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim,5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.

Selain itu, Norman juga mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim,15, Marissa Dania Hakim,13 serta Maria Danisha Hakim,10 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post