Liza Abdullah Alhamdulillah masih dapat melihat


"Kalau buta, apa lagi mampu saya lakukan. Saya reda andai ini ketentuan Allah," kata pelakon Liza Abdullah, 53, selepas mata kanannya tidak boleh dibuka dan membengkak akibat masalah kornea.

Liza bagaimanapun bersyukur apabila keadaan matanya yang kemerahan beransur pulih baik selepas menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh sejak Isnin lalu.

"Penglihatan mata saya terjejas. Doktor memaklumkan kornea mata kanan saya semakin menipis dan terdapat nanah di bahagian tepi mata.

“Doktor bimbang andai tidak dirawat segera kornea mata akan mengalami rosak teruk," katanya.

Menurut Liza, doktor menasihatkannya agar melakukan rawatan lanjut.





"Selepas menjalani rawatan, penglihatan mata saya semakin baik walaupun terpaksa menahan sakit beberapa hari.

"Cuma nanah di bahagian tepi mata masih ada namun tidak menganggu penglihatan," katanya.

Liza berkata, masalah itu berpunca disebabkan penggunaan kantap lekap terlalu lama selain kekerapan menggunakan penipis mata.

"Selain itu, rehat tidak mencukupi juga mendorong masalah ini bertambah teruk," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post