Kumpulan Padi anjur konsert 30 Jun depan


Selepas tujuh tahun menghilang daripada industri seni, band dari Indonesia ini akan membuat kemunculan semula dengan nama Padi reborn. - Foto Okezone Celebrity

Kumpulan yang popular di Indonesia bahkan Malaysia, Padi membuat kemunculan semula selepas tujuh tahun menghilang daripada industri seni.

Padi yang popular menerusi lagu hit seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban dan Begitu Indah itu akan tampil dengan konsert Padi Reborn Exclusive In KL pada 30 Jun depan di KL Live Centre.

Lebih manis, kemunculan kumpulan yang dianggotai oleh Piyu (gitar), Fadly (vokalis), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) itu ibarat kelahiran semula apabila menggunakan nama Padi Reborn.

"Kami berasa cukup terharu dan senang sekali kerana buat kali pertama kalinya akan muncul menerusi sebuah konsert di Malaysia dengan memakai nama Padi Reborn.

"Ia juga sebagai lambang apresiasi buat Sobat Padi yang tidak pernah lelah menyokong biar pada saat menghilang. Kami berharap peminat akan senang dan gembira bersama menyanyikan lagu-lagu Padi," ujar Piyu dalam satu kenyataan media.





Tiket konsert sudah mula dijual dengan harga RM179, namun peminat boleh mendapatkan promosi pembelian awal dengan harga RM149.

Bagi mereka yang ingin bertemu Padi pada sesi bertemu peminat, tiket dijual pada harga RM290, manakala pembelian awal dengan harga RM249.

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.buytickets.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post