Hati Nelydia Senrose dicuri Mr H?


Pelakon Nelydia Senrose mendedahkan dirinya berkawan baik dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr H.

Nelydia ketika dihubungi berkata, hubungan dengan jejaka terbabit masih dalam fasa perkenalan sejak beberapa bulan lalu.

"Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih.

"Cuma saya mohon doakan jodoh yang terbaik untuk saya," katanya.

Menurut Nelydia, sekiranya ditakdirkan ada jodoh, dia terbuka untuk mengakhiri zaman bujang dengan lelaki terbabit.





"Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya memang nak akhiri zaman bujang.

"Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali," katanya.

Terdahulu, timbul gosip mengatakan pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu menjalin kasih dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai, Mr H apabila tersebar sekeping foto dirinya berpelukan sambil tangan di dada jejaka terbabit.

Post a Comment

Previous Post Next Post