Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Spa Qistina (SPA-Q), Fazreen Rafi membuat kejutan istimewa buat isterinya, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hassan.
Katanya, kejutan itu dibuat sebagai membalas jasa isterinya yang baharu sahaja melahirkan anak keempat mereka, pada Februari lalu.
"Buat surprise untuk wife Faz sempena pengorbanannya yang membawa zuriat kami selama 38 minggu.
"Thanks sebab selalu bersama-sama dengan saya dalam senang mahu pun susah," tulisnya sambil berkongsi video kejutan di laman Instagram.
Difahamkan, kejutan yang disimpan di dalam sebuah kotak kasut merupakan hasil tabungannya.
"Saya simpan ini dah lama, dari awal lagi. Jadi inilah kejutan untuk awak...tadaaa," katanya dalam video tersebut.
Ternyata punya simbolik tertentu, pelakon berusia 33 tahun ini turut berkongsi pengalamannya di saat menghadapi kekangan kewangan, satu ketika dahulu.
"Teringat dulu-dulu pernah beli tosai dan nasi kandar dekat Pelita bayar pakai duit syiling sebab mmg tengah tak ada duit sangat-sangat.
"Yang bestnya, Faz tak keluar beli, bini Faz yang keluar sebab Faz malu...hihii...
"Apa-apa pun, saya sangat-sangat appreciate pengorbanan awak," tulisnya lagi.
Fazren dan Sharifah Mazlina mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2011.
Selain baharu menimang bayi lelaki, pasangan ini juga sudah dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Rizqin Qayyum, 6, Muhammad Rizqin Uwais, 4, dan Rizqeen Humaira, 2 tahun.