Elfira Loy lancar ThELiveshow pada tarikh kahwin tak jadi


Mungkin suratan atau kebetulan, namun dua personaliti popular ini sepakat memilih tarikh 23 Mac yang sepatutnya menjadi hari paling bermakna dalam hidup mereka.

Jika Sufian Suhaimi melancarkan single terbaharu, Di Matamu, bekas tunangnya, Elfira Loy pula memperkenalkan program bual bicara secara langsung melalui laman sosial Instagram (IG) miliknya, ThELiveshow.

Bagaimanapun, akibat masalah teknikal, berita gembira itu terpaksa diumumkan melalui siaran langsung yang dilakukan menerusi akaun IG milik adiknya @azlisaaloy, petang semalam.

“I am so blessed. Thank you so much for supporting my live session tadi. It means a lot for me that you took your time to set alarm or whatever you can to wait for my LIVE.

“Yup , there was hiccups, technical problems. Insta got jammed that I cannot log in my insta and I have to go live on @ezlisaaloy page. (thank you! ).

“So it is what it is, I announced something I called my new hobby it is my new talkshow on Instagram. It’s called, ThELiveshow,” tulisnya di IG.






Bakal bersiaran setiap bulan, selebriti berusia 24 tahun ini menyifatkan kehadiran program itu sebagai hobi baharunya.

“I will go live every month and there’s always something special at the end of the show. (feeling oprah!) HAHA…,” kongsinya lagi.

Katanya, program tersebut juga membincangkan mengenai isu semasa, gaya hidup dan kecantikan.

“Saya juga akan dapat berkomunikasi dengan pengikut Instagram saya. Kami akan berbicara pelbagai topik yang menarik,” tulisnya.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 23 Mac ini.

Bagaimanapun, ikatan pertunangan dua bintang muda ini terlerai apabila keluarga Elfira sepakat untuk memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 17 Februari lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post