Elfira Loy Bukan El yang menimbulkan fitnah


Pelakon dan pengacara, Elfira Loy secara tegas menafikan Asyraff Mazlan sebagai orang ketiga yang menjadi punca ikatan pertunangannya dengan penyanyi, Sufian Suhaimi terputus di tengah jalan.

Menerusi penjelasan yang dimuat naik di Insta Stories akaun Instagram peribadinya, Elfira berkata, dia sudah lama mengenali Asyraff.

Bahkan gadis berusia 24 tahun ini, turut menerangkan bahawa pemergiannya menunaikan ibadah umrah awal Februari lalu, bukannya hanya berdua.

"Kalau nak kata saya yang beri ruang untuk orang buat fitnah, dalam caption terang-terang dah tulis makan sempena kelahiran Acap (Asyraff).

"El dah kenal Acap dah lama lagi dah, sejak dari zaman tak bertudung masa shoot (penggambaran) Kayuhan Cinta sampailah sekarang.

"Dan trip ke Mekah, kami hanya satu kumpulan, bukan pergi bersama,” tulisnya.





Tambah El, dia sudah memberi penjelasan yang sepatutnya dan sekiranya ada lagi perkara berbangkit selepas ini, secara terang orang lain yang telah memfitnahnya.

“Tapi lepas ini kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang memfitnah.

"Bukan El yang menimbulkan fitnah,” tegasnya.

Sebelum ini, nama ahli perniagaan, Asyraff telah dikaitkan sebagai pengganti Sufian selepas jejaka tersebut memuat naik gambar mereka bersama semasa berada di Makkah dan menyambut hari lahirnya baru-baru ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post