Caprice Very cheap way to market your song


Penyanyi rap popular, Caprice mengakui kecewa apabila dikatakan tidak memberi kerjasama mempromosikan single duet dengan UNIC, Sedar.

Hakikatnya, selebriti berusia 29 tahun ini baharu sahaja melaksanakan tanggungjawabnya itu, di sebuah stesen radio,minggu lalu.

"Damn bro, you all doing this drama for marketing or what?. Just a week ago I was at HotFM with these guys...," luahnya di Instagram (IG).

Sedar merupakan single terbaru daripada kumpulan nasyid popular, UNIC dan Caprice yang dilancarkan sejak akhir tahun lalu.

Bahkan, pelantun lagu Wat Lek Wat Peace ini turut mempersoalkan dakwaan UNIC yang menyatakanya tidak membalas kiriman WhatsApp.

"But for you all to go on TV and interviews and make it seem like I read your message and dont reply? Thats a lie and a very cheap way to market your song.

"...and then out of nowhere they go on TV a week later and hold an interview saying i read but dont reply. Theres no blue tick.

"Im disappointed. This could have been settled over a phone call but yall had to come out with a dramatic statement," luahnya lagi.

Susulan itu, pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini mendedahkan 999 kiriman WhatsApp yang diterima tetapi masih belum berkesempatan untuk dibuka.

"How do you get blue ticks when I didnt even open your message? I got 999 messages still not open. Im sorry. Im sorry to 999 more people if im late to reply or i didnt take shows, performances, or interviews," tulisnya.






Dalam pada itu, Caprice mengakui sibuk membangunkan dan menguruskan beberapa perkara sehingga tiada masa untuk diri sendiri.

"In case you all havent noticed, i've been busy building 4 apps, mengaji.com, RajinApp, Umrakloka, and a system for Masjids. I dont even have time for myself.

"At the same time ive been on tour for my Jihad in Education. Kedah-Penang-Melaka in 4 weeks," tulisnya.

Malah, Caprice juga terpaksa menangguhkan seketika pelancaran single terbaharunya, Abang Gurau Je kerana kekangan masa.

"Even my own single Abg Gurau Je got delayed lol coz i literally cant find the time!," tulisnya.

Bagaimanapun, Caprice berjanji untuk memberikan yang terbaik.

"I try my best to make time for everyone but iam not a robot," kongsinya.

Sebelum ini, UNIC mendakwa buntu dengan sikap Caprice dalam mempromosikan Sedar kerana dikatakan diam membisu, sejak kebelakangan ini.

Secara tidak langsung, ketiadaan Caprice pada siri promosi lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna itu menimbulkan tanda tanya peminat dan media.

Post a Comment

Previous Post Next Post