Asyraff Mazlan, Simpati Elfira Loy, Sufian Suhaimi putus tunang


Ahli perniagaan Asyraff Mazlan menafikan dakwaan dia mempunyai hubungan cinta dengan Elfira Loy sehingga selebriti tersebut putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Asyraff yang dihubungi terkejut apabila gambar mereka berdua ketika menunaikan umrah tersebar luas di media sosial.

“Sebenarnya bukan kami berdua sahaja yang pergi. Kami sembilan orang. Cuma kebetulan gambar itu pulak yang ditularkan dan dikaitkan dengan punca putusnya pertunangan elfira,sufian.





“Saya dan Elfira dah lama kenal. Keluarga dia pun saya baik. Jadi hubungan kami istimewa sebagai orang yang dah lama kenal, itu sahaja.

“Tak ada langsung niat saya caras Elfira dari Sufian. Saya juga simpati bila Elfira, Sufian putus tunang,” jelas Asyraff.



Tambah Asyraff, bagi mereka yang mengenali dirinya tentu tahu bagaimana gurauan dia dalam kapsyen gambar instagramnya.

“Saya ni kuat bergurau dan berkawan dengan ramai orang. Jadi janganlah ambil serius perkara tersebut,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post