Anak Siti Nurhaliza turut jadi perhatian media luar negara


Biarpun sudah masuk hari keempat bergelar ibu, namun segala perkembangan Datuk Seri Siti Nurhaliza di media sosial terus menjadi perhatian ramai.

Buktinya, menerusi posting terbaru yang dimuat naik kira-kira jam 12.01 tengah malam, telah menerima lebih 50, 000 tanda suka dan 500 komen, hanya dalam tempoh kurang setengah jam.

Posting tersebut memaparkan gambar jari puteri sulungnya memegang jari telunjuk Siti.

Gambar tersebut disertai dengan kapsyen : "Selamat malam sayang ibu... #comelpipimerah tak sabar nak jumpa esok... #babyctdk," tulisnya.

Kapsyen tersebut secara tidak langsung mendedahkan gelaran yang digunakan buat bayi yang diberi nama sementara Fatimah Az Zahra ini.






Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat rupa terkini Fatimah Az Zahra dan turut memuji jari jemari runcing miliknya.

Berita kelahiran Fatimah Az Zahra bukan sahaja mendapat perhatian meluas di Malaysia, bahkan negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Di beberapa portal luar juga, apa sahaja berita berkaitan Siti Nurhaliza dan anaknya telah trending dan sering menjadi berita nombor satu popular.

Kebanyakan media luar juga tidak sabar untuk mengetahui nama dan wajah anak pasangan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post