Ajak Shiro tak boleh buang air kecil


Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Ajak Shiro semalam dikejarkan ke hospital swasta di Shah Alam selepas mengadu tidak sihat kepada pengurusnya, ketika melakukan latihan untuk rakaman Bintang Bersama Bintang (BBB) Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Pengurusnya, Roy Idris memaklumkan ajak mengadu sakit di bahagian perut dan tidak boleh membuang air kecil.

"Dia mengadu kepada saya yang dia mengalami rasa sakit di bahagian perut dan hulu hati dan terbaring kesakitan. Jadi, dia tanya kalau saya ada ubat. Selepas berikan ubat, rasa sakit itu tak juga hilang.

"Kemudian, dia beritahu saya bahawa dia tak boleh buang air kecil. Melihatkan keadaannya yang masih teruk, saya meminta kepada pihak produksi untuk memberi pelepasan dan saya bawa dia ke hospital untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada Harian Metro.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 32, kemudiannya diberikan rawatan, namun keadaannya masih tidak stabil.

"Doktor memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pemeriksaan lanjut kerana doktor mengesyaki dia mengalami sakit berkaitan batu di dalam hempedu.





"Kerana itu, saya minta untuk dia dipindahkan ke hospital swasta di Petaling Jaya sekitar 12 tengah malam semalam memandangkan itu adalah hospital panel untuk insurans kesihatannya.

"Di sana doktor bertanya sama ada dia mendapat tidur yang mencukupi atau tidak. Dia memang seorang yang kuat bekerja dan tak banyak masa rehat. Mungkin itu punca penyakitnya," katanya.

Sehingga kini, Ajak masih lagi ditahan di hospital swasta di Petaling Jaya dan tidak dapat dihubungi.

Di Instagram miliknya, gambar Ajak dalam keadaan terbaring di katil hospital dikongsikan isterinya Nur Afifah Amin, menerima lebih 45,000 like dan hampir 700 komen daripada netizen.

1 Comments

  1. Thanks for posting this article! If you are looking for a transplanting operation for your kidney, you can check out the living donor kidney transplant center.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post