Wany Hasrita Saya masih solo lah!


Penyanyi Wany Hasrita menegaskan dia masih solo dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki seperti yang hangat diperkatakan sekarang.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, berkata dia enggan masyarakat beranggapan serong terhadapnya apabila sering keluar cerita membabitkan kisah peribadi dengan lelaki.

"Sebelum ini, orang kaitkan saya dengan Tajul dan Khai. Sekarang timbul pula dengan Fairuz Selamat. Ingin dijelaskan, saya hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu.

"Macam cerita dengan Fairuz ini, penggunaan istilah fasa berkawan itu kurang sesuai kerana ramai beranggapan wujud hubungan antara kami.

“Saya tidak mahu orang salah anggap dengan kenyataan saya," katanya.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu berkata, dia tidak mahu dilabel bukan-bukan hanya kerana cerita sebegitu.



"Saya kasihkan ibu jika cerita sebegini selalu keluar. Dia tahu saya macam mana. Dalam masa sama, saya tidak mahu timbul persepsi negatif terhadap saya.



"Kalau sering cerita dengan lelaki keluar, apa pula orang anggap saya. Sedangkan, saya hanya berkawan. Macam yang pernah dikatakan sebelum ini, fokus saya masih pada kerjaya.

"Saya tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Saya percaya pada jodoh dan ketentuan Allah. Kalau tiba waktunya, saya pasti ada pasangan dan berkahwin juga. Cuma, buat masa sekarang, saya masih solo," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post