Spekulasi mengenai status ikatan pertunangan pasangan ini akhirnya terjawab apabila ibu Elfira Loy mengesahkan hubungan anaknya dengan Sufian sudah putus.
Teka-teki mengenai ikatan pertunangan antara pelakon, Elfira Loy dan penyanyi, Sufian Suhaimi terjawab apabila ibu Elfira, Filzah Yusoff mengesahkan hubungan anaknya dengan Sufian sudah berakhir.
Perkhabaran itu benar-benar membuatkan Diva terkejut, malah sama sekali tidak menyangka desas-desus mengenai keretakan hubungan mereka adalah betul.
Diva pasti, berita itu turut mengejutkan seluruh pengikut industri hiburan tanah air.
Bukan apa, Diva perasan sejak beberapa bulan lalu status perhubungan mereka sering kali menjadi tanda tanya netizen.
Ibu Elfira Loy ketika dihubungi tidak mahu memberi komen atau apa-apa penjelasan lanjut.
Bagaimanapun, menurut ibunya, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan pemulangan cincin pertunangan.
Diva faham bukan mudah untuk menerima suratan ini. Buat kedua-duanya, Diva harap kalian bersabar, reda dan mengambil pengajaran serta iktibar dengan apa yang terjadi.
Pasti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku.
Elfira dan Sufian telah melangsungkan pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.
Diva: Amboi, Intan Najuwa sudah mula tayang teman lelaki di Instagram. Siapakah gerangan yang bertuah tu ya.