Shukri tidak mampu menahan rasa lucu apabila membaca artikel mengenai pengalaman dia berlakon dalam filem 'Surf This Love'.
Pelakon Shukri Yahaya tidak mampu menahan rasa lucu apabila kisah bulu ketiaknya menjadi topik perbualan dalam sebuah artikel baru-baru ini.
Menerusi muat naik di Instastory, Shukri berkata, dia ada berkongsi banyak cerita menarik sepanjang temubual tersebut.
Namun, kisah bulu ketiak pula menjadi topik utama sehingga mendapat perhatian netizen yang turut sama tertarik dengan artikel berkenaan.
Shukri ketika ditemuramah semasa malam gala filem Surf This Love baru-baru ini.
"Banyak lagi cerita menarik yang aku kongsikan, bulu ketiak aku juga yang dijadikan tajuk dia. Hahaha," tulisnya.
Sebelum ini, menerusi sebuah portal hiburan, Shukri mengakui ini kali pertama dia mencukur bulu ketiaknya kerana perlu memakai baju tanpa lengan sepanjang masa dalam filem Surf This Love.
Shukri membawakan karakter sebagai seorang peluncur dan memerlukan dia beraksi di laut sepanjang penggambaran.
Penggambaran filem tersebut dilakukan di Pulau Tioman dan Bali, Indonesia.
Pelakon berusia 29 tahun ini berkata dia turut mengalami kecederaan di badan dan tubuhnya ketegangan ketika melakukan aksi di dalam air ketika penggambaran di Bali.
"Saya bawa watak Billy iaitu seorang pemuda berasal dari Pulau Tioman yang mahu menjadi seorang peluncur seperti arwah abangnya.
"Boleh dikatakan, karakter yang saya lakonkan ini berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum ini.
Barisan pelakon filem Surf This Love, (dari kiri), Shukri Yahaya, Cristina Suzzane dan Josiah Hogan.
"Ini juga pengalaman pertama saya mencuba sukan laut yang mencabar hingga mengalami ada mengalami kecederaan tapi semuanya baik-baik sahaja," katanya.
Selain Shukri, filem ini turut dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Cristina Suzzane, Ardell Aryana dan Josiah Hogan.
Filem arahan Waan Hafiz bakal menemui penonton di pawagam bermula 22 Februari ini.