Fasha bersama dua cahaya matanya.
Pelakon Fasha Sandha berkata dia tidak perlu menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri dan anak-anaknya ketika berada di luar rumah.
Fasha, 33, pada kapsyen di Instagram memberitahu, dia bersama dua anaknya tidak berasa takut dan menyerahkan keselamatan mereka kepada Allah.
"Ramai kata, sempoi je kan you Fasha, takyah bodyguards. Hahaha, perlu ke bodyguards? Ini tentera kecik ni dah cukup untuk jadi bodyguards ibu.
"Allah Ada, Allah is the best protector. Teruskan berjalan, jangan takut, selagi kita baik dengan orang, insya-Allah, kita akan jalan dengan selamat," tulisnya pada Rabu.
Foto yang dimuat naik Fasha Sandha pada Rabu.
Foto aktres berkenaan bersama dua cahaya matanya iaitu Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun menerima lebih 22,000 tanda suka (likes).
Kapsyen pelakon filem Badang itu menerima pelbagai reaksi netizen dengan lebih 500 komen yang rata-rata bersetuju dan memuji sikap Fasha.
Bagaimanapun ada juga yang menganggap penggunaan khidmat pengawal peribadi bergantung kepada berkemampuan dan keperluan setiap individu.