Shima Anuar bengang dengan netizen


Lama juga tak dengar perkhabaran pelakon Shima Anuar. Rasanya sudah habis tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada Disember lalu. Cuma, sekarang ini, Diva tengok dah semakin penuh gambar-gambar buah hati puteri kesayangannya itu.

Memang comel, putih macam Shima juga. Apapun, baru-baru ini, ada yang beritahu Shima bengang apabila ada komen-komen mulut jahat singgah di akaun Instagram miliknya. Semuanya gara-gara seorang netizen ini menyifatkan Shima seorang yang ‘poyo’ sebab bersuamikan lelaki kaya.

Berang dengan komen itu, Shima kemudian membalasnya dengan bertanyakan kepada individu itu apa yang menunjukkan dirinya ‘poyo’. Kata Shima, dalam Instagram itu hanya tunjuk gambar anak sahaja. Tak ada pula tunjuk harta kekayaan.



Menurut Shima, agaknya individu itu cemburu sebab pernah berkenan dengan suaminya. Aduhai. Sabar sahajalah Shima.



Apapun, Diva memang tahu suami Shima itu orang berada, tapi sangat merendah diri. Masih ingat lagi kad jemputan kahwin Shima paling unik, sebab berbentuk kad akses daripada sebuah hotel terkemuka.

Post a Comment

Previous Post Next Post