Seksinya Eyka Farhana


Sedang Diva menikmati secangkir kopi, tiba-tiba Diva disapa seorang kenalan lama baru-baru ini. Apa lagi, sakanlah bercerita, maklumlah sudah lama tidak berjumpa.

Sedang rancak bersembang, tiba-tiba rakan Diva terkeluar cerita mengenai pelakon muda jelita, siapa lagi kalau bukan si Eyka Farhana.

Cerita rakan Diva, dia terserempak dengan pelakon itu bersama kawan-kawannya ketika sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di luar negara sedikit masa lalu.

“Boleh tahan cantik juga si Eyka ni ya. Dia memang suka pakai seksi-seksi ke Diva? Baju macam tidak cukup kain je. Seksa aku melihatnya,” tanya teman Diva.



Entahlah, Diva cuma buat-buat ketawa dan cuba menukar tajuk perbualan daripada menjawab soalan teman Diva sedemikian. Bukan apa, bagi Diva seksi itu subjektif. Kadang-kadang, berkemban sambil penuh bedak sejuk dilumur ke muka pun dikatanya seksi.



Cuma bagi Diva, teman-teman media yang berada dalam industri hiburan sememangnya sudah sedia maklum dengan cita rasa fesyen Eyka selama ini. Sebab itu, Eyka dilihat seolah-olah sudah lali dengan kecaman netizen yang tidak sudah-sudah mengkritik cara pemakaiannya yang seksi selama ini.

Bersabarlah Eyka. Mulut tempayan pun tidak boleh ditutup, inikan pula mulut netizen. Eyka pun masih muda, panjang lagi perjalanan Eyka sebagai anak seni. Diva percaya bakat yang dimiliki Eyka jauh lebih bernilai berbanding nak melayan isu-isu remeh seperti ini okey.

Post a Comment

Previous Post Next Post