Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mengakui aktres popular, Emma Maembong sebagai rakan rapatnya di dalam industri hiburan.
Perkara itu dikongsi selebriti berusia 27tahun ini selepas Emma meraikan sambutan majlis hari jadinya.
Malah, pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey ini turut memuat naik gambar mereka di laman Instagramnya (IG).
"I guess she wasn’t ready when I took this picture. But who cares, I like it. Thanks for the belated birthday celebration.
"One of the close friend I can count on in the industry. Please stay happy and protect yourself from getting hurt. Don’t forget I’m just one call away," tulisnya.
Malah, Emma turut dilihat meninggalkan komen yang berbunyi:
"Thank you baby pus," tulis Emma.
Dalam pada itu, Emma turut berkongsi video mengenai sambutan hari jadi Alvin yang diraikannya di laman IGnya.
"You know someone’s special to you when you don’t talk for a while because things get busy but when you two eventually do it’s like you didn’t miss a beat .
"You talk like there was no gap in between and you laugh until both your stomachs hurt . It’s rare and special connection and personality i think it’s pure magic. If you ever find someone like this in ur life never let them go," tulisnya lagi.
Lebih istimewa, Emma turut menggelarkan Alvin sebagai Baby Pus selain berharap agar persahabatan terbina kekal sepanjang hayat.
Pada masa sama, pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini juga menerima hadiah biarpun bukan sambutan untuk hari lahirnya.
"May our friendship last forever @alvinchong123. Btw, thank u baby pus. Its ur birthday I pulak yang dapat hadiah," tulisnya beserta #emmamaembong #emavengers @emavengers.
Alvin dan Emma mula bersahabat baik sejak digandingkan bersama menerusi drama bersiri, Awak Suka Saya Tak.
Bahkan, rata-rata peminat 'merestui' keserasian mereka selain berharap agar pasangan ini menjalinkan hubungan cinta di dunia realiti.