Niena Baharun kini begelar isteri


Cantik dan berseri-seri Niena Baharun di majlis pernikahannya.

Pelakon Niena Baharun, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki plilihannya, Aliff Firdaus Abdul Hadi yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Majlis penyatuan dua hati ini telah berlangsung dalam majlis yang cukup sederhana di Masjid Al Sultan Petra, Kubang Kerian, Kelantan, sekitar 12.30 tengah hari, Khamis.



Difahamkan, majlis pernikahan heroin drama bersiri Sayangku Kapten Mukriz ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin sahaja.



Berita pernikahan Niena atau nama lengkapnya Amaniena Baharun ini dikongsi beberapa rakan baiknya menerusi #nienaliff. Antara yang turut brkongsi kegembiraan itu ialah, pelakon Datin Eina Azman yang merakamkan momen-momen menarik majlis tersebut menerusi Insta Story (Instagram) miliknya.


Ramai peminat yang menyambut baik berita ini, malah mendoakan yang terbaik buat pasangan pengantin agar jodoh berkekalan selamanya.

Sebelum ini, Niena mengakui hatinya sudah dimiliki sejak lima tahun lalu namun belum bersedia mahu berkongsi tentang perkara itu kepada umum.

Post a Comment

Previous Post Next Post