Min Yasmin selamat lancar album solo di FIlipina


Penyanyi, Min Yasmin yang kini laris di Filipina tidak bercadang untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian di Malaysia mahupun antarabangsa.

Menurut Min, adalah lebih baik untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada album solo dan kerjaya seni yang sedang berkembang.

“Album solo saya baru saja dilancarkan.

Jadi, saya mahu lebih berfokus pada kerja-kerja promosi.

“Lagipun, saya tak mahu mempunyai banyak komitmen dalam satu-satu masa,” katanya pada sidang media sempena pelancaran album solonya, Min Yasmin: Pangarap di The Manila Polo Club, Filipina, hari ini.

Album yang mengandungi 14 lagu ini melibatkan lima bahasa iaitu Tagalog, Tausug, Sama, Inggeris dan Melayu.



Lebih istimewa, album ini turut mendapat sentuhan daripada komposer terkenal tempatan dan Filipina iaitu Julfekar, Raz Tawasil Itum (Tagalog), Nelson Dino (Tausug) dan Andhee Basion (Sama).

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 29 tahun ini juga berhasrat untuk mengadakan konsert solo pertama di Filipina “Dah tentu saya teringin nak adakan konsert di sini.



Tapi, setakat ini masih belum ada peluang lagi.

“insya-ALLAH, kalau ada peluang memang saya mahu buat konsert khas untuk peminat,” katanya.

Di kesempatan itu, pemilik nama Nurul Yasmin Abdul Aziz ini turut memeriahkan tetamu termasuk lebih 50 wakil media dari Malaysia dan Filipina dengan mempersembahkan empat lagu iaitu Sabihin Mo Na, Pangarap, In The Way You Love Me dan Wahai Kekasih daripada album solonya.

Post a Comment

Previous Post Next Post