Fattah tidak mahu terlalu kerap bergandingan bersama Fazura dalam apa-apa projek.
Pelakon Fattah Amin berkata dia dan isteri, Nur Fazura tidak mahu terlalu kerap menerima projek yang memerlukan mereka bergandingan bersama kerana bimbang peminat akan bosan.
Dalam hal ini, Fattah, 27, berkata dia juga perlu memilih tawaran kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja yang lain.
"Sebenarnya, untuk tawaran projek berdua kita rancang tak nak buat terlalu banyak kerana takut orang akan bosan.
"Lagi pula, buat masa ini saya ada perniagaan sendiri dan Fazura pula ada komitmen kerja yang perlu diselesaikan.
Fazura dan Fattah dilantik menjadi duta kad debit Maybank.
"Sejujurnya, kami juga terpaksa memilih sebarang tawaran lakonan atau duta produk yang mahu kami berdua kerana kekangan waktu," katanya kepada.
Fattah dan Fazura, 34, ditemui semasa sidang media pelantikan mereka sebagai duta kad debit Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bercakap mengenai majlis resepsi yang bakal berlangsung pada 25 Februari ini, Fattah memaklumkan segala persiapannya sudah hampir selesai.
Malah, mereka menerima sokongan serta bantuan daripada ramai pihak.
Fazura dan Fattah bakal diraikan dalam majlis kenduri tidak lama lagi.
"Alhamdullilah, semuanya terkawal dan persiapan hampir selesai. Menjelang beberapa hari sahaja lagi ini, kita tengok apa-apa yang perlu ditambah.
"Kami menerima sokongan keluarga, rakan-rakan rapat yang sudi menghulurkan bantuan. Harapan kami semoga majlis ini nanti berjalan lancar," katanya.
Pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.