Kilafairy Tak Masuk Akal Nak Menari Ghairah


Kila berharap lebih ramai orang menghargai inisiatifnya untuk berkarya di persada dunia.

Penyanyi Kilafairy menafikan sengaja menari secara ghairah dalam video muzik lagu terbarunya, Put The Word In seperti yang diperkatakan netizen.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 26, berkata dia dan pihak pengurusannya, Paranormal Records meneliti cara tarian sebelum menyiapkan koreografi.

"Sebenarnya, saya dan pihak pengurusan banyak meneliti cara tarian sebelum kita menyiapkan koreografi.

"Takkanlah saya nak menari dengan apa yang dikatakan ghairah sedangkan saya tahu video itu untuk tontonan di Malaysia. Memang kurang masuk akal.

"Kita cuba sedaya upaya untuk menampilkan groove lagu itu melalui tarian. Itu saja. Saya rasa mungkin persepsi negatif sesetengah pihak saja," kata Kila.


Antara komen negatif daripada netizen.

Kata Kila lagi, dia berharap lebih ramai orang dapat melihat inisiatifnya dan pihak label untuk menonjolkan bakat ke persada dunia.

Namun, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini menerima segala komen dan cadangan dengan hati terbuka untuk memperbaiki dirinya di masa hadapan.

"Saya harap lebih ramai orang dapat melihat inisiatif saya dan pihak label untuk menunjukkan bakat orang Malaysia ke persada dunia daripada mengutuk segala inisiatif kami.

"Tapi apa-apapun, semua komen dan cadangan kita terima dengan hati yang terbuka untuk perbaiki lagi di masa depan," ujarnya.

Kilafairy diminta mengulas mengenai kritikan netizen yang mengatakan tariannya di dalam video muzik nyanyian duet bersama DJ Aku Ash dan Sean Kingston itu mengghairahkan seperti penari tiang.


Video muzik lagu terbaru Kilafairy menjadi trending dan menerima banyak pujian daripada peminatnya.

Malah, ada juga yang berpendapat terlampau banyak autotune dan jalan cerita klip video juga tidak jelas.

Video muzik tersebut dimuat naik di YouTube pada 16 Februari lalu kini menjadi trending di tempat ke-16 dan mendapat lebih 442,000 tontonan.

Bagaimanapun ada juga yang memuji klip video itu seperti antarabangsa serta menampilkan selebriti Malaysia iaitu Izara Aishah, Joe Flizzow, Altimet, Idris Khan dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Kilafairy meluahkan rasa teruja dan gembira apabila lagu serta video muzik itu mendapat sambutan peminatnya.

"Alhamdulillah... Saya bersyukur ramai yang menyukai lagu dan video muzik itu. Lagu ini mudah untuk menari bersama.

"Ramai peminat rasa gembira dengar lagu ini dah cukup bermakna buat saya. Terima kasih kepada syarikat label saya iaitu LMG (Lion Music Group).

"Mereka tahu apa yang terbaik untuk pendengar dan percaya pada diri saya," katanya.


[PROMO]


Post a Comment

Previous Post Next Post