Indah Ruhaila Disangka Sudah Berhenti Menyanyi


Indah menjawab pertanyaan peminatnya yang menyangka dia sudah berhenti menyanyi.

Penyanyi Indah Ruhaila mendedahkan menerima banyak mesej peribadi di Instagram daripada peminat yang inginkan kepastian sama ada dia sudah tidak lagi menyanyi.

Indah atau Siti Ruhailah Hussein, 31, berkata, dia bersyukur mendapat pertanyaan tersebut daripada peminatnya kerana ia bukti masih ada yang ingin melihatnya aktif sebagai penyanyi.

"Sekarang ini ramai yang bertanya di Direct Message (DM) saya tak nak menyanyi lagi ke? Saya tak nak keluar single baru ke?

"Saya dah berhenti menyanyi ke? Bila single baru nak keluar? Alhamdulillah, masih ada orang nak dengar nyanyian daripada saya.




Indah menjawab pertanyaan peminatnya.

"Semua DM yang saya terima sangat positif dan memberi saya semangat. Seronoknya saya," tulisnya menerusi InstaStory.



Dalam pada itu, Indah menjelaskan dia tidak pernah meninggalkan karier nyanyian namun mengakui sudah lama tidak tampil dengan produk baharu buat peminat.

Jelasnya, lagu terbaharunya agak lewat dilancarkan disebabkan ingin menampilkan sebuah karya berkualiti untuk peminatnya.


Indah dan suaminya, Shariff baru sahaja pulang dari bermula madu keliling Eropah.

"Saya tak pernah berhenti menyanyi. Saya akan keluarkan single baru dalam tahun ini juga dan saya tahu lagu kali ini agak lambat.

"Sebab saya nak cari material berkualiti dan kena dengan jiwa semua pendengar tambahan pula sekarang ini memang susah nak cari lagu yang melekat.

"Jadi saya harap semua peminat doakan saya jumpa material yang bagus untuk single saya seterusnya," jelasnya.

Kali terakhir Indah mengeluarkan single pada tahun lalu menerusi lagu Kau Yang Satu yang turut digunakan sebagai lagu runut bunyi filem dengan judul sama.

Post a Comment

Previous Post Next Post