Hael Husaini semakin laku


Selepas berjaya merangkul kemenangan apabila lagu Jampi diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), nampaknya Hael Husaini semakin ligat mengatur langkah.

Menerusi perkongsian pengurusnya, Taufix Jarros di laman sosial, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 31, akan memulakan siri jelajahnya di Dewan Sri Aman, Kemaman, Terengganu.





Ia kemudiannya diikuti di Maeps, Serdang pada 24 Februari, Stadium Darul Aman (25 Februari), RTM - Kuala Terengganu (2 Mac), Paradigm Mall (3 Mac), Event Square, Downtown East, Singapura (4 Mac).



Tidak berakhir di situ sahaja, Hael kemudiannya akan ke Masjid Tanah pada 17 Mac, diikuti, Aeon Seremban 2 (23 Mac), Angsana Johor Bahru (24 Mac), dan Mesra Mall, Kemaman (30 Mac).

Bukan itu sahaja, selepas meletup menerusi lagu Jampi, Hael juga akan melancarkan single kedua berjudul, Haram, Mac ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post