Semenjak akhir-akhir ini, status pertunangan antara penyanyj Sufian Suhaimi, dan pelakon Elfira Loy menjadi bualan ramai.
Pelbagai versi cerita dan spekulasi yang bertebaran mengenai hubungan mereka yang kini dikatakan sedang bermasalah.
Bagaimana kedua-kedua pelakon enggan mengambil pusing mengenai khabar angin tersebut, malah menyifatkan ia sebagai dugaan alam pertunangan mereka.
Namun terbaru, Sufian yang satu kenyataannya baru-baru ini mengatakan hubungan kini dalam fasa yang agak rumit, namun tetap mengharapkan pengakhiran yang terbaik buat mereka berdua.
“Hanya kami berdua saja yang tahu apa yang berlaku dan mengharapkan pengakhiran yang baik,” katanya.
Bagaimana, tindakan Elfira yang menulis beberapa baris lirik lagu Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli di akaun Twitternya semalam mencetuskan tanda tanda peminat.
Antara bait lirik yang dipetik Elfira:
Ramai netizen yang mihat perkongsian itu seolah-olah menggambarkan perasaan yang dialaminya kini.
Bagaimanapun ia mungkin hanya sekadar lirik lagu yang dikongsikan Elfira, apatah Tergantung Sepi merupakan lagu yang diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke32 baru-baru ini.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan sekitar Mac depan.