Tidak memencilkan diri selepas berita putus tunangnya diketahui ramai, selebriti serba boleh, Elfira Loy berkongsi kata positif untuk dirinya menerusi Insta Story.
Dengan hanya caption : "Put a smile, just go out El," menunjukkan bahawa gadis berusia 24 tahun ini sangat kuat menghadapi segala ujian yang datang.
Bahkan tidak lama selepas itu, anak kedua dari empat adik beradik ini, berkongsi video ringkas menu shell out yang dikatakan sudah diinginkan sejak dia berada di New York, Amerika Syarikat lagi.
Hubungan Elfira dan penyanyi lagu Terakhir, Sufian Suhaimi, terlerai Ahad lalu, selepas bapa Elfira, memulangkan cincin mengikut adat di kediaman keluarga Sufian di Muar, Johor, Ahad lepas.
Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu. Jika mengikut perancangan awal, mereka bakal disatukan, awal bulan depan.