Dimaki secara terbuka, Elyana sukar maafkan


Penyanyi Elyana sekali lagi berkongsi tentang sikap segelintir netizen yang dak sensitif terhadap kehidupan orang lain sehingga sanggup meninggalkan komen yang begitu biadap.

Terdahulu sebelum itu, Elyana menerusi sekeping gambar yang dimuat naik menyatakan dia tidak pernah kisah dengan kata-kata orang terhadap dirinya kerana bukan mereka yang menanggung kehidupannya.

“Aku tidak peduli dengan mulut orang. Ini kerana bukan mereka yang memberi mulut aku makan. Aku bukan orang yang baik, tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik,” tulisnya.

Bagaimanapun, status tesebut telah mendapat reaksi yang cukup mengejutkan daripada salah seorang netizen yang berpuas hati dengan kapsyen tersebut sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyanyi ini.



Elyana yang menghidap Kanser Limfoma tahap empat ini, telah berkongsi komen tersebut dan mengakui sukar untuk memaafkan perbuatan yang dilakukan insan terbabit.

“Alhamdulillah.. saya tak tau apa salah saya dengan awak dan yang lain-lain. Semoga semua kata-kata anda terhadap saya berbalik kepada anda, serta keluarga yang anda sayangi.



“Saya tidak pernah menggangu anda, serta keluarga. Jika saya ada reply comment, dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar, sama juga seperti saya.

“Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan. Tak kan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini, saya susah untuk memaafkan anda,” luahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post