Abby Abadi Jangan Bagi Suami Peluk Perempuan Lain


Abby Abadi berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Pelakon Abby Abadi tidak setuju jika lelaki yang sudah berkahwin diberi peluang untuk dilayan wanita lain biarpun sekadar dalam lakonan atau nyanyian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41,menerusi Instagram berkata, ia seperti membuka ruang kepada syaitan untuk mendorong manusia kepada perbuatan menjurus perlakuan maksiat.

"Suami kita hak eksklusif kita, segalanya halal, jangan bagi perempuan lain pegang suami kita, jangan bagi suami peluk perempuan lain, jangan bagi suami dukung perempuan lain.

"Jangan bagi perempuan lain pakaikan baju, makeup suami kita. Jangan jangan jangan itu 'mengundang' namanya. Walaupun sekadar lakonan atau sewaktu persembahan nyanyian atau waktu bekerja. Syaitan tetap suka," tulisnya.


Pendapat Abby dapat reaksi positif netizen yang rata-rata bersetuju.

Foto tersebut menerima lebih 10,000 tanda suka (like) dan reaksi positif pengikut yang rata-rata bersetuju dengan pendapat pelakon Gerak Khas ini.

Netizen turut beranggapan, Abby layak untuk memberi nasihat tersebut berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.



Terdahulu Abby pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim, bagaimanapun bercerai pada 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 10 tahun.

Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.



Abby kemudiannya berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 2015.

Manakala Norman pula berkahwin dengan Memey pada 24 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim yang kini berusia dua tahun.


Abby turut memberi pendapatnya tentang drama adaptasi novel.

Sementara itu, pada satu posting lain Abby ditanya tentang sama ada seorang penulis novel yang diadaptasi kepada drama turut menerima saham dosa jika pelakon yang melakonkan drama itu berpakaian seksi dengan babak sebagai suaim isteri.

Abby menjawab, ia saling berkait kerana idea asal adalah daripada penulis berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post