Roslan Shah batal sidang akhbar


Penyanyi dan pengacara Roslan Shah akui terima nasihat banyak pihak.

Penyanyi dan pengacara Roslan Shah membatalkan hasratnya untuk mengadakan sidang media yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini, bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku antara dia dan Ifa Raziah.

Roslan menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada pihak media menyatakan keputusan itu dilakukan kerana tidak mahu lagi memanjangkan sengketa antara dirinya dan penyanyi dangdut tersebut.

“Atas nasihat banyak pihak dan atas semangat sesama Muslim, saya tidak berhasrat memanjangkan lagi isu 'perang mulut' antara saya dan artis Ifa Raziah.

“Saya dengan ini membatalkan pertemuan dengan pihak media yang pada awalnya saya rancang pada Jumaat (12 Januari 2018).

“Saya juga tidak akan membuat sebarang ulasan atau maklum balas berkenaan hal tersebut lagi selepas ini,” katanya.

Menurut Roslan lagi, selepas ini dia hanya mahu memberikan tumpuan kepada kerjayanya sebagai penghibur dan menjaga ibunya yang sedang sakit di Singapura.



“Saya tidak sesekali mencari mencari publisiti murahan dengan bergaduh sesama rakan artis lain.

“Terima kasih kepada semua kawan-kawan media dan peminat yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya sepanjang saya bergelar artis di Malaysia dan juga di Singapura.

“Di sebalik semua cabaran dan dugaan hidup yang saya lalui, saya selalu percaya ada hikmah yang terbaik yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa disebaliknya,” luahnya.

Kontroversi antara Roslan dan Ifa tercetus pada hujung Disember lalu apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan di laman media sosial masing-masing sehingga mengundang perhatian ramai.

Post a Comment

Previous Post Next Post