Jihan Muse selamat lahir bayi lelaki


Jihan Muse bersama suaminya Ungku Hariz

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung, di DEMC Specialist, Shah Alam, kira-kira 10.15 malam tadi.

Bayi lelaki seberat 3.85kg itu lahir menerusi kaedah pembedahan dan dilaporkan kini dalam keadaan yang sihat.

Berikutan itu pengacara Gegar Vaganza ini akan berehat selama dua bulan daripada segala aktiviti seni untuk menjalani proses berpantang, selain tumpuan kepada keluarganya.



Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2016 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.


Sementara itu program Vlog Mommy Jihan yang memaparkan aktiviti Jihan dan suami sepanjang tempoh kehamilannya berusia 31 sehingga bersalin disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 10.55 malam di saluran Astro Ria.

Post a Comment

Previous Post Next Post