Erwin Dawson tak kisah jumlah follower


Bagi selebriti lain, memiliki jumlah pengikut yang tinggi di laman sosial begitu penting kerana ia menjadi kayu ukur populariti, tetapi tidak bagi pelakon kelahiran Singapura, Erwin Dawson, 29.

Memiliki 101,000 pengikut di laman sosial Instagram (IG) miliknya, Erwin atau Mohamed Erwin Shah Evan Dawson akui tidak kisah dengan jumlah yang disifatkan agak rendah.

Katanya, apa yang lebih diutamakan ialah kualiti kerja kerana percaya kepada rezeki.

“Saya akui sekarang banyak pihak mementingkan ‘follower’ seseorang artis sebelum ditawarkan kerja. Bagi saya, ia pilihan masing-masing.

“Alhamdulillah, setakat ini saya masih dapat tawaran berlakon. Paling penting, setiap bulan ada pendapatan untuk membayar bil serta keperluan lain.

“Dengan jumlah pengikut sekarang, saya sudah bersyukur. Terima kasih kepada peminat yang sudi mengikuti perkembangan saya di IG,” katanya kepada.



Erwin yang mulai dikenali menerusi filem Warna Cinta Impian berkata, dia tidak bercadang untuk menaikkan jumlah pengikut dengan mencipta publisiti murahan.

Katanya, dia menjadikan IG dimiliki sebagai medium untuk mempromosikan drama lakonannya.

“Memang saya belum ada drama dan watak lakonan yang meletop. Mungkin dari situ nama saya masih kurang dikenali. Lambat atau cepat, saya anggap ini rezeki.

“Mana tahu akan datang drama lakonan saya mendapat sambutan baik, tidak mustahil peminat juga ingin mengikuti dan kenal lebih dekat.



“Apa yang penting, saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik dalam setiap watak diberikan. Saya yakin, pihak stesen TV atau penerbit masih mempunyai pertimbangan dalam soal ini,” katanya.

Erwin yang kini terbabit dalam penggambaran drama Tiada Arah Jodoh Kita untuk TV3, juga bakal memulakan penggambaran drama Nafas bersama Sangeeta Krishnasamy untuk ntv7.

Selain itu kata Erwin, dia juga dipilih menjadi hos program bual bicara pagi terbitan ntv7, Feel Good Show.

Post a Comment

Previous Post Next Post