Dua Pemain Bola Cuba Dekati Wani Kayrie


Benarkah Wani dan Danial kini sedang bercinta?

Penyanyi Wani Kayrie terkejut apabila hubungannya dengan pemain bola sepak kelab Felda United iaitu Danial Amier menjadi perbualan hangat netizen sehingga mendapat liputan media.

Wani atau nama sebenar Syazwani Abdullah berkata hubungan cinta itu hanyalah sekadar gosip, namun mengakui kerap bertanya khabar menerusi laman sosial.

"Saya berkawan dengan Danial sejak tahun lalu tapi tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Tak tahu macam mana boleh timbul gosip cinta tersebut.


Safawi Rasid (kiri) dan Danial Amier.

"Sejujurnya, kami tak pernah bertemu lagi dan lebih banyak berbual di aplikasi Whatsapp sahaja!.



"Saya rasa gosip ini timbul kerana kami sering berbalas komen di Instagram. Sebab tu orang fikir kami bercinta," katanya kepada mStar Online.

Wani ditemui semasa malam anugerah Era Digital Music Awards 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.


Wani sedang berkawan dengan pemain bola sepak, Danial Amier sejak tahun lalu.

Nama penyanyi berusia 18 tahun ini pernah dikaitkan dengan penyerang muda kelab Johor Darul Takzim iaitu Safawi Rasid.



Dalam pada itu, Wani menolak dakwaan netizen yang mengatakan dia hanya berminat dan mengejar golongan pemain bola.

Ujar anak kelahiran Selangor ini, dia bersahabat tanpa mengira latar belakang dan tidak kisah andai ditemukan jodoh dengan mereka.


Wani tidak tolak jika dijodohkan dengan pemain bola.

"Mereka yang tegur di Instagram dan kata nak berkawan, saya okay sahaja. Sebab saya tak kisah berkawan dengan semua orang.

"Soal jodoh... jika sudah tertulis saya bakal mengahwini seorang pemain bola sepak, saya terima sahaja.

"Cumanya buat masa ini saya belum terfikir lagi soal untuk mendirikan rumah tangga kerana saya masih muda dan perjalanan masih jauh," kata penyanyi lagu Aku Suka Kamu ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post