Bapa Bazli UNIC meninggal dunia


Bazli (dua dari kanan) kehilangan bapanya enam bulan selepas anaknya meninggal dunia.

Penyanyi nasyid kumpulan UNIC, Bazli Hazwan sekali lagi berdepan detik sukar apabila kehilangan ayah tercinta selepas enam bulan pemergian anak sulungnya pada Jun tahun lalu.

Bazli, 34, kehilangan bapanya, Allahyarham Che Osman Mat Isa pada awal pagi semalam di Hospital Shah Alam, Shah Alam, Selangor.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Bazli di laman Instagramnya.

"Ayah tercinta saya Che Osman baru sahaja meninggal dunia Subuh tadi (semalam) di Hospital Shah Alam. Semoga ayah di tempat yang terbaik.

"Ayah akan berjumpa cucunya Syahid dalam syurga. Ya Allah, tempatkanlah ayahku di tempat terbaik dan mulia. Mati itu pasti," tulisnya.



Bagaimanapun, Bazli tidak berkongsi lanjut punca pemergian bapanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubu Gajah, Sungai Buloh pada petang semalam.

Jun tahun lalu, Bazli kehilangan anak sulungnya, Muhamad Syahid yang berumur 3 tahun akibat penyakit kanser Lymphoma selepas bertarung nyawa selama enam bulan.

Post a Comment

Previous Post Next Post