Zulin Aziz hidap ketumbuhan di perut


Ketumbuhan pada bahagian ovari sebelah kanan dalam perut Zulin Aziz.

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz yang ditahan di sebuah hospital swasta sejak petang semalam selepas mengalami cirit-birit, terkejut apabila doktor mengesahkan dia mempunyai ketumbuhan atau cyst di bahagian ovari sebelah kanan dalam perutnya.

Zulin, 28, pada mulanya tidak menyangka sakit perut yang dialami sejak tiga hari lepas itu disebabkan ketumbuhan yang sudah membesar sehingga tujuh sentimeter.


"Saya ditahan di hospital sejak petang semalam disebabkan sakit perut sejak tiga hari lalu dan cirit-birit.

"Bagaimanapun, saya berasa sakit apabila bahagian perut ditekan. Hal itu membuatkan doktor mengambil keputusan untuk membuat imbasan ultrasound dan mengesan ketumbuhan pada bahagian ovari sebelah kanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah penyampai radio Suria FM itu lagi, doktor turut mengesahkan ketumbuhan berkenaan tidak berbahaya.

Zulin diberi tempoh selama enam bulan bagi menentukan rawatan selanjutnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post