Penambahan tayangan seminggu lagi bagi filem Jibam cukup menggembirakan bukan sahaja penerbit dan pengarah filem ini tetapi juga barisan pelakonnya.
Antaranya Mia Ahmad yang bersetuju dengan penambahan tayangan meskipun di 16 pawagam sahaja.
"Memang patut filem ini ditambah tayangan sebab filem ni ada banyak elemen sedih, suka, kekeluargaan dan banyak mesej yang bagus dan sesuai untuk semua golongan umur menontonnya.
"Kalau siapa pernah tengok drama akasia 7 Hari Mencintaiku orang kenal dengan watak Buntat maka mereka akan tahu adik Mohd Ariff memang punya bakat dalam bidang lakonan dan dia memang berjaya membawa watak Jibam ini dengan bagus.
"Tambah pula dengan watak-watak lain yang dibawa oleh abang Bohari, Shafie Naswip, Esma Daniel, Kazar, Farah Ahmad, Kamarool, Fadhlan, semua orang tahu mereka ni bagus dalam lakonan mereka," katanya.
Pesan Mia, bawa satu keluarga pergi tonton.
"Memang tak menyesal penonton ke wayang dan minta sangat peminat sokong filem kita.
"Pengarah Che Mie, semua artis dan team produksi dah bekerja keras untuk hasilkan yang terbaik untuk filem ini," jelasnya.