Hafiz Suip kini bergelar bapa


Isteri kepada penyanyi popular, Hafiz Suip selamat melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 27, berkongsikan berita gembira itu dengan memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan kaki kanan bayi di Instagram miliknya.

Menerusi kenyataan pada gambar tersebut, Hafiz meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu dan berterima kasih kepada isteri, Nureffy Jesreel Abdullah, 24.

“Assalamualaikum semua pertama sekali saya bersyukur ke-hadrat ilahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.



“Terima kasih kepada isteri, keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan termasuk kaki tangan pusat perubatan yang banyak membantu,” tulisnya di Instagram.


Gambar yang menunjukkan kaki kanan bayi yang dimuatkan oleh hafiz dalam Instagram miliknya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku itu turut kelahiran cahaya mata sulung bakal menjadi permulaan baharu dalam hidupnya sebagai bapa termasuk hadiah pembuka tirai tahun 2018.

Hafiz dan isteri berkahwin pada 14 Mei 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Nureffy yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Post a Comment

Previous Post Next Post