Gambar tidak bertudung tersebar, Izreen Azminda berang


Pelakon Izreen Azminda berang apabila gambarnya tidak bertudung yang diambil bersama suami, Muhammad Radzi Wahid atau Ude tersebar di laman sosial Instagram.

Izreen, 32, berkata, ada pihak yang cuba memfitnah dirinya dan mendakwa gambar tersebut diambil sebelum dia bernikah dengan Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude, 29, Ogos lalu.

“Sudah lama saya diamkan diri sejak isu pernikahan saya diperdebatkan. Diam bukan bererti salah dan takut. Cuma memberi ruang buat semua pihak memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.

“Kini tersebar pula gambar peribadi saya di rumah bersama suami, yang tidak bertudung. Nama pun kat rumah... takkan nak pakai jubah,” tulisnya di Instagram.


Tambah Izreen, dia berasa sangat kecewa dengan fitnah tersebut dan menganggap ia sebagai perbuatan manusia berhati binatang.

“Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah?

“Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Izreen tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Instagram tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post