Elyana berang dengan DSV?


Selepas mendedahkan tentang penyakit kanser sejurus selepas tersingkir dalam konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) baru-baru ini, Elyana mendapat tumpuan banyak pihak yang simpati dengannya. Antaranya pengasas Pamoga, Datuk Seri Vida (DSV).

Dalam satu temubual antara keduanya, Elyana mengaku tenaganya semakin bertambah setelah mengambil minuman kesihatan tersebut.

Namun baru-baru ini sebaliknya pula, Elyana membuat pengakuan sebenarnya dia tidak pernah meminum Pamoga.Katanya, minuman tersebut mengandungi kandungan gula tinggi serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser sepertinya. Ish..ish..ish sebelum ini mengaku minum sekarang tak minum pula. Mana satu yang betul ni?

Rupa-rupanya, Elyana memberitahu yang dia kena mengakui pernah meminum Pamoga hanya kerana sekadar untuk tidak memalukan DSV di pentas. Sementelah lagi ketika itu dia berada di hadapan kamera, lagi pun itu adalah penaja yang sudah beri beberapa juta kepada pihak stesen TV. Kalau jawab 'tak minum' nanti ada yang kecil hati pula.


Pun begitu oleh sebab Elyana dikatakan terasa dengan tindakan DSV ‘cakap belakang’ tentang dirinya, dia mengambil keputusan untuk berterus terang yang sebenarnya.

Hmmm, takpalah. Elyana pun dah bercakap jujur tu, rasanya tak perlulah diperbesar-besarkan lagi. Kepada Elyana pula, awak tu tak boleh tertekan sangat jadi lebih baik jangan terlalu ambil serius tentang hal sebegini. Rileks saja.

Post a Comment

Previous Post Next Post