Pelakon, Azwan Kombos, 32, mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT kerana isterinya Ezzaty Abdullah, 27, telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan semalam pada jam 10.30 malam secara normal dengan berat 2.9kg.
"Ezzaty sihat cuma sekarang dalam keadaan penat sangat kerana berada dalam bilik bersalin selama 28 jam. Ketika itu, memang 'nervous' sungguh kerana menunggu dia untuk bersalin.
"Selepas semuanya selamat, saya sangat gembira dan bersyukur. Alhamdulillah, kini Ezzaty sihat, baby juga sihat walafiat," jelas Azwan.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Azwan berhajat untuk memiliki anak perempuan.
Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai tahun lalu pada majlis yang diadakan di Bentong, Pahang.