Aqasha buat tak endah


Tempoh hari Diva ada dengar yang seorang penerbit bagi sebuah drama meluahkan rasa terkilan dengan salah seorang artis yang berlakon dalam karyanya.

Dia terkilan dek perangai artis yang difahamkan enggan memberi kerjasama dalam membantu mempromosikan naskhah lakonannya. Maklumlah, biasanya mana-mana pelakon itu sudah pasti akan kongsikan berita atau perkembangan terkini projek dirinya di laman sosial. Ala-ala promosikan drama lakonan masing-masing.

Dengan cara itu secara tidak langsung, peminat pun akan tahu dan tertunggu-tunggu. Apabila dirisik-risik, ada pihak cuba mengaitkan bahawa individu yang dikatakan tak mahu mempromosikan drama tersebut ialah Aqasha.


Pada mulanya, Diva berasa ragu-ragu juga, maklumlah, macam hairan pelakon tak mahu promosi drama sendiri. Bagaimanapun, apabila Diva cuba tengok sendiri di akaun Instagram miliknya, memang tidak ada satu gambar untuk mengajak pengikutnya menonton drama lakonannya yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Aduhai, mengapa pula boleh jadi sampai begitu? Ada isu dalaman ke? Nak kata tidak aktif di laman sosial, ada yang pertikaikan Aqasha sentiasa galak je memuat naik gambar wajahnya yang kacak itu.

Barangkali Diva rasa Aqasha mungkin sibuk jadual kerjanya sampaikan terlupa untuk bagi teaser kepada peminat mengenai drama itu. Maklumlah, tak silap Diva, Aqasha pun tengah sibuk dengan program realiti Gegar Vaganza setiap minggu. Terlupa tanpa sengaja lah kot. Hehe. Harapnya penerbit drama itu bertabahlah.

Diva: Ada orang puji dengan kegigihan Ayda Jebat yang sanggup ke hulu ke hilir nak mempromosikan filem Pinjamkan Hatiku itu sampai tak cukup tidur.

Post a Comment

Previous Post Next Post